it's all about him

it's all about him

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya

selamat hari raya semua...
raya ke 2 hazim , kali ni di usia 1 tahun 3 bulan..beraya di KL...berbaju melayu coklat keemasan, berkopiah dan berspek biru... heheh
so far so good
realise something new...hazim kalau dia bangun kita bagi salam, cium pipi sket nanti dia senyum lebar..:)..baguskan, dia faham...
gambar menyusul...
sebenarnya nak cerita tentang PDK= pemulihan dalam komuniti.
hari ini pergi beraya ke rumah pakcik sulong abi, di damansara...dia ni dulu antara orag2 yang menjayakan program2 OKU, sepertiparalympic, rehabilitasi dan physiotherapy di malaysia. Bila dia tengok Hazim, dia tahu. borak banyak dengan dia, banyak info kami dapat. kami cerita tentang hydrotherapy yang kami buat kat hazim, dia kata kat msia bnyk yang dah buat sperti di
Bangi, dan diorang ada guideline untuk hydrotherapy...(so sekarang misi baru mencari guideline tersebut). dia juga menasihatkan untuk membuat fisio setiap hari. pastu dia ada sentuh pasal PDK. di Malaysia ni ada 400 group of PDK, yang terdiri dari macam2 golongan. Sape2 ada ahli keluarga OKU, boleh join PDK yang terdekat di tempat tinggal masing2, nnti dia akan ajar how to handle these people. pastu nanti ada juga visiting physiotherapist (aku x pernah dengar seumur hidup aku, kat hospital pun x sentuh).
so malam ni nak mencari PDK. Yang tahu PDK KL, Bangi memang aktif, yang lain wallahua'alam...
p/s di mana ada usaha, di situ ada jalan, so aku nak jadi pakar apa nih? argh!

Thursday, August 18, 2011

hazim - setahun 3 bulan

dah lama x menulis, sebab bz dengan kids n avent. BIla kids n avent bertambah maju, banyak benda yang aku terabaikan. Tapi syukur rezeki yang Allah bagi dengan kehadiran Hazim melimpah ruah.
pada usia 1 tahun 3 bulan 1 hari ni, Hazim banyak perubahan. itu sebabnya dengan makhluk Allah yang x berdosa camni, kita tak boleh cepat mengalah. perkembangan, intelektual, pertumbuhan dan daya tahqn mereka tidak dapat diprediksikan oleh mana2 pegawai/ pakar perubatan, sebab kan Allah dah kata rezeki ajal di tanganNya.
Hazim mula dah ngangkat kepala, tangan kaki dah nak merangkak. tapi yang menghambat dia adalah sebab matanya. Dia kabur bila memandang, jadi pada usia 1 tahun (hadiah birthday) Hazim dapat spek warna biru...:)...bila dia pakai spek, dia bagaikan dapat fokus. Tak ada lagi toleh kiri kanan,dia bagaikan ada spot tuju untuk dilihat. Doktor kata mata dia rosak teruk! tapi Come on la, bagila peluang anak2 syurga ini, bukan maksudnya tak de harapan. Boleh lihat ke tak tu kita serah pada Yang Maha Kuasa dan berdoa...
dari mata kita ke telinga. Telinga dia alhamdulillah dia bolh dengar. Dah mula berespon, dah nak bercakap, words dah ada.... takpe biar lambat, janji ada perubahan positif.
Bila menyentuh tentang anggota tangan dan kaki, aku memang dah menjangkakan perubahan positif yang agak lambat dari anak ini. sebab kita kena manually activate the system. Ajar cara duduk, ajar cara melangkah, ajar cara merangkak. Kalau x buat akan jadi keras anggotanya, nnti dah susah. so kena buat, stimulate setiap hari. Kalau dulu, asal nak bersila je dah meraung, menangis x berlagu. Sakit kena buka kaki, tapi sekarang alhamdulillah dah lembut kakinya. Cuma tangan pulak, sebab dia menggeggam banyak, tak buka tangannya, so bahagian ibu jari tu dah agak masuk ke dalam. Kena pakai splint, sebab takut nanti dia tak boleh menulis, dan nak pegang pen, dll.
tentang pemakanan pulak, Alhamdulillah dia dah makan solid food. Hazim dah makan bubur. Bubur nasi, dengan sayur dan Carrot, dan makanan2 tambahan yang lain. HA! dia dah berak dengan lancar, x perlu nak buat rectal stimulation lagi.
so apa tugas kami? menaikkan semangat Hazim untuk terus maju! perubahan Hazim yang positif membahagiakan kami.
bila negatif? usaha lagi..............
p/s: thanks to Tok umi dan uncle huhu bawakkan hazim ke occupational therapist hari ini.
Kita selalu lupa diri, Allah kurniakan anak sihat tak de masalah, perkembangannya kita mampu lihat dan plot/ chartkan. Bila anak2 macam Hazim, Allah tarik nikmat automatik yang dikurniakan pada anak itu, so kita kena usaha membangunkan anak itu, kita akan mengeluh. makan sudah bersyukur kah kita? ternyata kita masih kurang ilmuNya dalam membangunkan makhlukNya sendir sebab kita dh terbiasa/ manja dengan sistem "automatik" yang dikurniakan OlehnNya pada semua anak2 di dunia.................................