it's all about him

it's all about him

Monday, July 19, 2010

hari ke 3 di hkl (19/7/2010)

hari ini adalah hari ke 3 hazim di hkl....hari ni umur hazim 2 bulan 13 hari.
macammana hazim boleh sampai hkl ceritanya begini
pada 14 julai, hazim ke hospital untuk follow up di klinik kanak2. dah jumpa dr pakar, dr pakar cakap camni...sya concern bout his head yang agak kecil mengikut umur.yang lain up to age.. tanpa penjelasan yang selengkapnya kami pulang.
sebagai ibu, pasti risau. so malam nya mummy bersms dengan salah seorang pakar bedah otak " neurosurgery" tentang kepala hazim dan beliau menasihatkan untuk buat skull xray.
pagi2 besoknya 15 julai, mummy dapat call dari salah seorang pakar paediatric dr penang. setelah berbual agak lama, mummy mndapat sedikit penjelasan dari beliau. dr. mengatakan kemungkinan hazim akan ada developmental delay dan bad prognosis. so mummy terus decide untuk try tanya 2nd oppinion....ikutkan ini bukan 2nd dah 3rd and 4th. terus buat appoinment dengan salah seorang dr pakar kanak2 di hospital pakar johor.
sampai di hospital jam 10.45 pagi. mummy masuk jumpa dr dan terus mengatakan bahawa anaknya tidak sakit dan ingin mendapatkan khidmat nasihat sahaja. setelah mendengar penjelasan panjang lebar, dr. memberikan idea untuk dilakukan MRI pada ilham hazim.
hasil mri menunjukkan adalanya global ischaemia dan acute on chronic subdural di kedua2 belah temporo-parietal area. yang sebelah kanan lebih kecil berbanding yang kiri. yang sebelah kiri agak besar. mummy terperanjat dengan hasil mri dan langsung menelefon bossnya "neurosurgeon" untuk mendapatkan khidmat nasihat.
setelah kembali berbincang dengan dr pakar kanak2 tentang hasil mri, mummy terus pergi mendapatkan khidmat nasihat bossnya. bossnya menasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dari paediatric neurologist. paediatric neurologist hanya ada di kl.jadi bossnya telah mambantu mendapatkan appoinment untuk neurosurgeon dan peads neurologist di kl.
setibanya pagi di HKL, ramai yang telah menunggu. hazim langsung dimasukkan ke wad dan pembedahan untuk membuang darah beku di kepala akan dilakukan pada pagi sabtu 17/7/2010.
pembedahan berjalan selama 45 minit. alhamdulillah hazim selamat. total darah yang keluar pada waktu pembedahan adalah 15mls, dan selama 2 hari setelah pembedahan adalah 33ml.setelah pembedahan hazim nampak lebih aktif. tapi dia masih hanya ingin melihat ke sebelah kiri. nampaknya mata hazim harus terus distimulasi.
hari ini tiub kepala (drain ) telah dicabut, petang tadi. alhamdulillah dah boleh dukung. rasa rindu lama dah tak dukung hazim.
setelah tiub dicabut, pakar peads neurologist muncul , daddy dan mummy berbincang agak lama. macam biasa, banyak negatif dari positifnya. contohnya hazim mungkin akan dapat sawan di masa akan datang, problem in feeding, muscle contracture dan lain2.dan tak ketinggalan juga cerebral palsy. Ya ALLAH, kuatkanlah hati kami menempuh dugaanmu.
tapi kami yakin usaha kami tak akan terhenti dengan kata2 dr tadi yang sememangnya bukan tuhan. tapi tak dinafikan dia cuba memeberikan kami pandangan beliau berdasarkan pengalaman. apapun terima kasih.
perjalanan kami dan Hazim takkan terhenti di sini. selagi doa merupakan senjata kami, kami terus berdoa agar Allah tunjukkan jalan untuk mengeluarkan hazim dari penderitaan. selagi ramai yang mengatakan hazim ni nanti sembuh, ok lah nanti selagi tu kami percaya hazim akan tetap hazim.

p/s: mungkin tak MRI tu bukan dia punya? entah la....

2 comments: